Thursday, December 31, 2009

Program Semarak Belaian

Kepada kawan2 yg nak k overc..
dan yang bercadang hendak kahwin awal
especially dak KMB..
sy menjemput anda ke program ini..
Banyak ilmu berguna mampu diperolehi..

layari..

http://hanisfozi.blogspot.com/2009/12/program-semai-mesra-langkah-bermula.html

Monday, December 28, 2009

To all my friends......


Sincerely from my heart..


thanks to those who hated me
you made a stronger person
thanks to those who loved me
you made my heart grow fonder
thanks to those who envied me
you made my self-esteem
grow stronger
thanks to those who cared
you made me feel important
thanks to those who entered my life
you made me who i am today
thanks to those who left
you showed me that nothing last forever
thanks to those who stayed
you showed me the true meaning of


LOVE and FRIENDSHIP

Tuesday, December 22, 2009

Cerita Sedih

ditujukan kepada Zubair Abdul Rahim

Jam dinding berdeting beberapa kali. Pukul 3 pagi. Entah kenapa aku terbangun dari tidur yg lena. Kutatapi wajah 'sahabat' akrabku sedalam-dalamya. Ku belai perlahan rambut ikalnya yg yg menutupi wajahnya... Kau cantik sayang.., bisikku perlahan. Tanpa disedari, usia perkahwinan kami telah mencecah tahun yg kelima. Namun kami masih belum dikurniakan
cahaya mata sebagai penyeri kebahagiaan ini. "Ya Allah kurniakanlah kepada kami seorang anak. Walaupun, cuma seorang . Itulah doa yang sering ku panjatkan kepada Ilahi dalam setiap sujudku. Kami telah disahkan oleh doctor pakar bahawa kami berdua adalah normal. Pelbagai ikhtiar telah kami usahakan. Mungkin benar apa yang dikatakan doktor dua thn lalu;
"Bersabarlah, mungkin anda berdua sedang diuji Tuhan. Teruskan usaha dan berdoalah. Mudah- mudahan dimakbulkan doa anda berdua.. "Apakah hikmah yang tersembunyi di sebalik semua ini. Aku yakin, Allah menyimpan hikmah ini untuk kuketahui suatu ketika
kelak....Pasti!
"Huda....bangun.,...jom kita solat." Kugerakkan bahu isteriku perlahan. Dia mengeliat....Aku tersenyum melihat wajahnya yg keletihan.. Letih meguruskan rumahtangga ditambah pula kesibukannya sebagai pengusaha Taman Didikan Kanak-Kanak. Tentu dia penat melayan karenah 'anak-anak'nya... Ahh. Aku sayang padamu Huda.. Akhirnya, aku bangun sendiri.
Aku tenggelam dalam solat malamku yg panjang..Dan seperti biasa aku tak pernah lupa memanjatkan doa sebagaimana dalam firman Allah..(al A'raaf : 189) yg
bermaksud :
“ ya Allah jika engkau memberi kami anak yg soleh, tentulah kami termasuk orang-orang yg
bersyukur"..
Jam berbunyi empat kali. Aku mengakhiri solat witirku dan ketika Assalamu'alaikum kedua ku dapati Huda dah berada dibelakangku.. Wajahnya masam, merajuklah tu. Kurenung wajahnya dengan riak lucu.
" Kenapa ni.? Muncungya mulut.." usikku dalam nada separuh berbisik.. Semakin
menjadilah rajuknya.
"Kenapa abang tak kejutkan Huda.? "Protesnya...Aku tersenyum cuma.
"Dah, abang tengok cik adik letih sangat..bukan tak kejut tapi cik adik sayang yang tak sedar.."
Akhirnya Huda mengalah, tapi bersyarat.. Jangan tidur sampai dia selesai solat alam
."Baiklah tuan puteri, saya yang menurut perintah." Usikku lagi. Huda tersenyum lebar mendengar usikanku.. Serentak dengan itu jarinya yang mungil bertindak menggeletek pinggangku. Dia kemudianya berlalu dengan wajah yang melucukan. Petang itu, sambil kami menikmati minum petang, Huda memecahkan kedamaian itu dengan ungkapan :
"Abang.....nikah jelah satu lagi". Dengan nada yang bersahaja.. Aku tersentak. Aku memang amat mengharapkan keturunan. Kan Rasulullah berbangga umatnya ramai..! Tapi hingga saat ini aku belum mampu membahagikan cintaku pada wanita lain. Walaupun Islam tidak pernah menghalang poligami apatah lagi dengan keadaan yang kami alami sekarang ini, sanggupkah aku
memikul bebanan ini?
"Hai. Tak takut cemburu ke..? Umpanku pula. "Cemburu..... emmm itukan memang fitrah
manusia bang.. takkan Huda tak cemburu. Aisyah pun cemburu pada Khadijah, tapi masalahnya sekarang, kalau abang kawin satu lagi, kan Huda boleh tumpang kasih anak dari isteri abang..?”hujahnya panjang lebar.
"Hai.. Takkan tak cukup lagi 'anak-anak' di tadika..? “
"Abang niii.. Itu lain. Itu bukan dari zuriat abang.”
"Macam mana kalau isteri kedua abang juga tak boleh melahirkan zuriat..?" umpanku lagi.. "Kahwin satu lagi.."
"Kalau tak dapat anak juga,..?" Usikku terus.
"Nikah lagi..kan boleh sampai empat..!" Jawab Huda
dalam nada semakin kendur.
"Huss.. Huda ! Jangan merepeklah . Abang tak mampu mencontohi Ibrahim bapa Ismail.. berilah peluang abang meneladani Zakaria bapa Yahya.." Kutamatkan dialog ini seolah-olah marah kepadanya.. Kudakap erat Huda... ada titisan panas yg membasahi dadaku..
Hari ini ulang tahun perkahwinan kami yang ke tujuh... Umurku sudah merangkak 33tahun... Uban di kepalaku sudah meningkat bilanganya... Berbanding ketika awal pernikahan bilangannya belum sampai sebelah tangan, beritahu Huda kepadaku.. Sehingga ke saat ini Allah belum kurniakan kami rezeki, seorang anak. Tapi cintaku pada Huda masih seperti dulu. Tak pernah pudar. Hidangan istimewa disediakan Huda hari ini.. Ada bungkusan hadiah
comel di meja hidangan. Huda menarik lenganku.. Dengan nada manja sambil berkata..: "Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan kita.." Begitu teratur kalimah itu dibisikkan ke telingaku. Sambil mataku mencuri pandang hadiah di atas meja. Ada sampul surat yang berlogo hospiatl terkenal di ibu kota. Tanganku segera ingin mencapai sampul tersebut. Huda
dengan pantas menghalangya.
"Makanlah dulu kek coklat yang Huda buat! Abang ni tak sabarlah.." Protes Huda separuh merajuk.
"Oklah sayang." Ku pendamkan rasa ingin tahuku lalu ku ambil pisau yang dihulurkan.. "
Bismillahirrahmanirrahimm.. ku potong kek istimewa itu. Kami berbalas suapan.. Dengan perlahan-lahan aku mengambil sampul surat dari tangannya tadi.. "Subhanallah..Maha suci Allah,..Tuhan sekelian alam..!!" Huda hamill..!! Masya Allah.. Setelah sekian lama penantian ini! Seketika aku tersungkur sujud. Airmataku mengalir deras. Kurangkul Huda seerat-eratnya. Airmataku terus mengalir seolah-olah tak akan henti tika ini,..tangisan SYUKUR..!
"kenapa jumpa doctor tak bagitau abang..?" Tanya ku seperti memprotes..
“Kalau beritahu tak surprise lahhh." Jawab Huda selamba.. Tiba-tiba aku rasa bersalah.. Sejak akhir2 ini Huda ada mengadu sakit kepala dan rasa kurang selera makan.
Kusangka dia terlalu letih menguruskan cawangan tadikanya yang baru.. Ditambah pula dgn
kesibukanku di pejabat dan 'kewajipan saham akhirat'. Aku benar2 lupa membawanya ke klinik. Sungguh..!! Aku benar-benar rasa bersalah.. Sejak berita itu diterima kesihatan dan aktiviti Huda menjadi perhatian utamaku. Segala hajatnya kupenuhi. Aku tak benarkan dia memandu sendiri dan bercadang mengupah driver utk kemudahannya. Aku minta supaya dia mengurangkan semua aktivitinya.. Namun Huda tak bersetuju.. Katanya, janganlah terlalu manjakan dia.. Biarkan dia menjadi ibu yang 'luarbiasa' Ibu yang akan melahirkan anak yang 'luarbiasa' ketika aku ttp meminta dia memenuhi hasratku.. dia berkhutbah panjang.
"Abang sayangg...abang kata nak jadi seperti Zakaria bapa Yahya.. Abang kata nak bayi ini menjadi mujahid atau mujahidah.. Abang.. kalau kita bercita-cita nak jadikan anak kita sebagai mujahid atau mujahidah, kita kena latih dia sejak dalam kandungan.. Maknanya, jangan manjakan ibunya.. Kalau dilimpahkan kesenangan pada Huda dan anak yang bakal lahir ini.. bagaimana nak dapat anak seperti Fatimah atau Ali abi Thalib..? Abangkan kan tau,
kesenangan dan kemewahan bukan modal yang baik untuk anak... Dengan kesusahan barulah generasi menikmati kesenangan di syurga. Sebelum sempat khutbahnya dteruskan aku terus meletakkan tanganku di mulutnya.. 'Stop'.. Aku faham dan akan terus memahami hakikat pendidikan dalam Islam.. aku sendiri pelik kenapa tiba-tiba aku yang jadi terlalu cerewet..!
Pagi itu selepas sarapan aku melihat Huda tidak seperti biasa.. Peluh mengalir laju membasahi
dahinya.. Dia kelihatan pucat.. Kurasa badannya, panas.! Seingat aku Huda hanya akan melahirkan pada 26mei,..hari ni baru 26 april.. Aku panik.. Aku segera membawa Huda ke hospital dengan seribu satu doa yg tak putus dlm hatiku, Aku harap ayah dan ibuku segera
datang utk menambah ketenangnku. Aku mundar mandir.. Ya Allah! selamatkanlah isteri dan
anakku.. bisikku berulang kali..
”Encik Saifuddin..?" Dr Khadijah pakar sakit puan rujukan isteriku,
"Ya,..saya doctor,.." sahutku cepat..Ku hampiri Dr Khadijah..
"Boleh kita berbincang sebentar??" Minta Doktor sambil mengajakku ke bilik rundingan,..
"Saya harap Encik Saifudin bertenang.. Isteri encik menghadapi sedikit masalah.. air mentubannya dijangkiti kuman.. Dan degupan jantung bayi di dapati semakin lemah.. Puan Huda perlu dibedah segera.."
“Bedah..?"
"Buatlah apa yang sewajarnya doktor..Tapi isteri saya bagaimana doktor..?" Tanyaku dgn nada separuh ketar. Bimbang.
“saya akan cuba sedaya upaya utk menyelamatkan kedua-duanya, Yang lain kita pulangkanlah pada Allah. Sama-samalah kita berdoa.."
Suara tenang tapi yakin, lahir dari doktor Khadijah.. Ya Allah, selamatkanlah isteriku.. Ya Allah.. jangan Kau ujiku di luar batas kemampuanku.. Dalam sujudku yang panjang tak henti aku berdoa keselamatan isteri dan anakku.. Aku memohon limpah kasih sayang Allah kepada isteri dan anakku tersayang.. Begitu lamaku cari ketenangan dalam solatku.. Tiba2 ayahku
memanggilku dan mengajakku menunggu di luar bilik pembedahan.. Ketika sampai di pintu bilik, aku terdengar suara tangisan bayi, alangkah lunaknya.
"Encik Saifudin..?"
"Ya..saya.."
"Alhamdulillah isteri encik telah pun melahirkan bayi perempuan yang sihat, 2.9 kg dan comel
seperti ibunya." kata Dr Khadijah tenang..
"Alhamdulillah. Isteri saya bagaimana doktor.?"
Dr. Khadijah terdiam.. Tiba2 perasaan tidak sedap menjalar ke seluruh tubuhku.. Kutenung wajah Doktor dengan tatapan penuh tanda tanya.. Tiba2 doktor menggeleng kepalanya perlahan sambil tertunduk.. Mulutku ternganga seketika..
"Maaf. Saya telah berusaha semampu yg mungkin. Tapi Allah lebih menyayangi Huda.. "Deraian air panas bercucuran tanpa boleh dibendung. Perlahan aku mengikuti doctor
ke ruang bilik pembedahan.. Kurasa seperti seretan kaki ini sungguh lemah dan tak berdaya.. sesusuk tubuh di tutup dgn kain putih terbaring.. Perlahan aku membuka kain penutup.. Innalillahi wainna ilaihi raji'unnnn.. DariNya kita datang, kepadanya kita kembali,..
Wajah Huda pucat.. tapi bibirnya terukir senyuman manis.. manis sekali, tanpa disedari ku dakap Huda seerat eratnya.. Tangisku perlahan, tapi tak tertahan..!
"Sabar encik Saifudin.. sabar.." Terdengar suara doctor Khadijah cuba menenangkan aku..
"Nurse..tolong bawa anak encik Saifudin.." katanya lagi.. Seorang bayi mungil yg masih merah dihulurkan dihadapanku... perlahan ku ambil dan ku dakap bayi itu. Ku tatap wajahnya berganti-ganti dengan Huda.. Mereka amat mirip! Matanya.. hidungnya.. mulutnya.. Allahuakbar..!!! Dadaku bertambah senak.. tangisanku semakin menjadi-jadi.. Sehinggalah ayah datang memegang bahuku.. dan berkata..
"Iqamahkan anakmu Saifuddin.. sambutlah yang hadir.. doakanlah yang kembali.."
Huda.. rupanya inilah hikmah Allah.. Maha Kuasa dan Maha mengetahuinya Allah.. Dia memberi kesempatan kepadaku menemanimu, mengasihimu, hampir selama lapan tahun, utk akhirnya memanggilmu setelah dikurniakan gantinya. Ya Allah, jangan biarkan hati ini berandai-andai..
Seandainya kami tidak mengharapkan anak jika itu membawa kematian Huda. Tidak.. Tidak, itu semuanya ketentuan Mu Ya Rabb. Tuhan yang Maha Mengetahui.. Lagi Maha Pengasih,. Selamat jalan Huda,iesteriku.. Abang akan merinduimu..

Friday, December 18, 2009

WITH YOU

Dedicated to my brother..
4 years already..

I woke up in a dream today
To the cold of the static, and put my cold feet on the floor
Forgot all about yesterday
Remembering I’m pretending to be where I’m not anymore
A little taste of hypocrisy
And I’m left in the wake of the mistake, slow to react
So even though you’re so close to me
You’re still so distant
And I can’t bring you back


It’s true the way I feel
Was promised by your face
The sound of your voice
Painted on my memories
Even if you’re not with me

[Chorus:]
I’m with you
You
Now I see keeping everything inside
You
Now I see
Even when I close my eyes

I hit you and you hit me back
We fall to the floor, the rest of the day stands still
Fine line between this and that
When things go wrong I pretend the past isn’t real
Now I'm trapped in this memory
And I’m left in the wake of the mistake, slow to react
So even though you’re close to me
You’re still so distant
And I can’t bring you back





No matter how far we've come
I can't wait to see tomorrow
No matter how far we've come, I
I can't wait to see tomorrow

Saturday, November 21, 2009

Good Luck

Tanggal 19.11.2009..
Mungkin hari yang mendebarkan untuk sesetengah rakyat malaysia..
Keluarnya keputusan UPSR..
Ada keluarga yang bergembira dengan pencapaian anaknya..
Ada keluarga yang tak berpuas hati pencapaian anaknya..
Dan ada juga yang tak merasakan apa-apa pun..
Keputusan adik kedua aq tak memberangsangkan..
Masakan tidak..
Balik sekolah pagi..
Makan beberapa keping roti dan berehat untuk beberapa minit..
Pergi ke sekolah agama..
Balik petang beriadah sekejap..
Malamnya beli makanan sendiri..
Basuh pinggan,kemas baju dan kerja-kerja rumah yang lain..
Kemudian tidur..
Masa study?..
Tiada..
Consequence yang adik2 aq terima..
Selepas peristiwa hitam bagi kami sekeluraga..
Consequence yang aq tak boleh terima sampai sekarang..
Pendidikan kian terabai..
Dan macam2 lagi..

Teringat pulak kisah aq ambil keputusan SPM..
Walaupun menjawab periksa dalam hati dan jiwa yang tak tenteram..
Walau tiada ucapan 'wish' dari keluarga..
Aq bwat sebaik mungkin..
Aq menjawab dengan niat untuk family..
Tiba hari keputusan keluar..
Aq lihat ramai kelurga yang datang..
Ada yang menangis berpelukan..
Dapat keputusan yang bagus..
Alangkah indahnya hidup mereka sekeluarga..
Hati aq akan sangat berbunga melihat keadaan macam itu..
Family aq datang lambat..
Itupun sebab terpaksa..
Kena selesaikan hutang dobi..
Kalau tidak,keputusan tak diberi..
Dipendekkan cerita..
Aq bagi keputusan SPM kepada ayahku..
Dia hanya melihat..
Tanpa berkata apa-apa..
Tiada ucapan tahniah..
Masuk dalam kereta..
Pulang ke rumah..
Seperti tiada apa yang berlaku
Hati aq sebak..
Usaha tak dihargai..

Mungkin kerana ego?..
Sudah tentu..
Lelaki penuh ego..
kerana itulah..
Aq cuba mengikis sikap ego dalam diri..
Tiap kali kawan-kawan ambil exam..
Aq akan wish kepada kawan-kawan semua..
Kalau keputusan bagus..
Aq akan tumpang gembira dan ucapkan tahniah..
Jadi..
Exam yang akan datang ni..
Gud luck lah kepada kawan2 semua..
Itu je nak cakap..haha

Saturday, November 14, 2009

Change My Wallpaper

Nothing much to say..
Just to announce..
I already change my wallpaper on my HP..
Some of my friend frequently ask..
"sampai bila ko nak simpan wallpaper ni?"..

To those who read my wallpaper..
and feel offended..
I'm sorry..
No offense to you all..
But,it just some sort of "evil" that always playing in my minds..
Thats what I called "HATE"..

As time passing by..
I learn how to control this "wolve"..
I don't want they keep breeding..
I don't want feed them..
I'm afraid one day..
This wolves will take over my mind and my soul..
Because it happens before..
I lost my control over it..
I want no more..

Alhamdullillah..
There's a time and a place and a reason..
And I know i got a "LOVE" to believe in..
Still,
I don't know how to win this battle..


I need love from God..
I neeed support from my friends..
I need strength from myself..
All I know..
It hurts when these wolves collide..

~"Jadikanlah solat dan sabar sebagai penolongmu. Dan sesunnguhnya yang demikian amatlah berat kecuali orang-orang yang khusyuk~Al Baqarah-45







Tuesday, November 10, 2009

How wouldn't it be loverly?

benda ni dah lame aq pikir senarny..
dari sekolah menengah lagi..
aq teringin nak mempunyai kakak..
atau dalam erti kata lain perempuan dalam family aq..
tapi kenapa aq gedik sangat nak kakak ni?
mungkin bagi sesetengah orang mengada-ngada lebih..
yes!..memang mengade-ngade pun..
tapi inilah akibatnya..
dibesarkan tanpa kasih sayang yang sepatutnya kita dapat..
menjadikan aq sering mencari dan menanam impian-impian yang pelik..

Bukankah perempuan ada pelbagai benda yang tak ada dalam diri lelaki
Untuk melengkapi kaum lelaki sendiri sepert perasaan yang halus, emosi, kelemah-lembutan..
kadang-kadang aq lihat kawan aq call family perempuan mereka..
mak dan kakak selalunya..
luahkan masalah dyorang..
manja betul..
walaupun nampak jantan..
kadang-kala lelaki ni bukan mahukan penyelesaian..
tetapi lebih mahukan pengluahan hati..
agar lebih tenteram..
dan..
apabila luahkan kepada perempuan..
perempuan lebih memahami kerana mereka mempunyai perasaan yang halus..
sebab itu lelaki cenderung untuk meluahkan perasaan mereka..
tapi aq nak luah dekat siapa?..
mak dah x de..
kakak x penah ade..
kekasih..not the time yet..
kawan perempuan..aq tak nak ulang kesilapan sama..

Bukankah batu yang keras dapat dikikis oleh air..
itulah perumpamaan perempuan kepada lelaki..
ade juga quote yang mengatakan bahawa setiap kejayaan lelaki berdirinya seorang wanita di belakangnya..
bagi sesetangah lelaki..
ibulah wanita di belakang mereka..
mahupun kakak..
maju sidikit kekasih..
advance lagi tunang..
tapi aq..
masa pmr,spm tiada wanita dibelakang aq..
selain seorang kawan baik aq..
tapi..
ikhtilat perlu dijaga..
apabila ia bermain dengan perasaan..

Bukankah wanita adalah pelengkap hidup bagi seorang lelaki..
tak perlu disempitkan kepada kekasih dan isteri..
tapi ibu dan juga kakak..
itulah yang aq rasakan sekarang..
rumah aq memerlukan sentuhan dari seorang perempuan..
walaupun stabil dari luarannya..
tapi..
bagi aq masih ade kekurangan dan tidak kesempurnaan..
lebih menyedihkan adik-adik lelaki aq(ade pulak adik perempuan?)..
kalau aq yang dah besar ini bley fikir ngade-ngade begini..
apetah lagi budak mentah..
aq nak adik aq dibesarkan dengan kasih-sayang dari seorang perempuan..
kerana banyak bukti menunjukkan kesan negatif jika tiada kasih sayang dalam hidupnya..
contoh terbaik abang diorang ni la..haha

atas sebab inilah aq kadang-kadang terfikir..
teringin mempunyai kakak..
bukan sebab nafsu yew?..
dulu aq terfikir untuk berkahwin..
tapi..
wanita mestilah akan pilih lelaki yang berlatarbelakangkan family yang stabil..
perempuan tak suka ambil risiko..
jika dicomparekan dengan aq dan "dia"..
aq faham and redha..
kenapa aq jadi koyaking..huhuhu

aq perlukan seseorang yang betul2 dapat faham bagaimana experience membentuk attitude aq..
of course lah dia perlu menjadi mahram aq..
sebab 2 lah aq nak kakak..
kalaulah Tuhan berikan family aq seorang kakak..
"oh, how wouldn't it be loverly?"

Friday, November 6, 2009

Kisah Dua Jam dan Langkah Bendul

Alkisah 2 jam..

Cuti lepas aq balik umah..rindu plak kat adik2..da lame dyrg x kene buli ngn aq..mlm sabtu 2 p umah nenek..dkat je pun..jumpe sedara..dah jadi kewajipan family aq kene jumpe sedara mara selalu..diringkaskan cerita uncle aq jual jam..so,apelagi..of course nak beli coz jam bapak aq yg aq pakai pun da lame hilang tapi aq ckp kat bapak aq jam rosak..hehehe..tapi kantoi bodoh..then,dgn murah hatinya bapak aq belikn dua jam utk aq..ikuti perbualan kami..

Helmi : Ko nak jam yg mana?
Aq : Yang EA ni lah..casual sket..
Helmi : Ko nak dua-dua x?
Aq : (tersengih n bajet malu2)
Helmi : Ko amik je la dua2..yang jam satu ni ko pki mase jumpe 'awek' itu, yg ni ko pki
time jumpe 'awek' lagi satu.
Aq : ??????

Alkisah langkah bendul

Kisah ini berlaku mase raya..mak su aq tgh cbuk mengusik2 aq suro knalkn awek aq..aq ckp la manade..tp dye x nk percaya..cbuk paksa2 aq tunjuk gmbr awek aq..aq pun panas la(act koyak dgr mcm 2)..nk je aq tunjuk wallpaper aq..baru dye taw aq mcm mane prinsip aq sekarang..Kemudian, dye p ngadu plak kat suami dye.."Bang, awak marah si asyriq ni..dye da pandai berawek skarang ni..gatal budak ni", diiringi gelak tawa menyakat..pelagi..pak su aq bersuara.."ko skarang jangan nak bercinta lagi..jangan nak langkah bendul bapak ko"..kata pak su aq..sume sedara yg terdengar bantai gelak..

hmmmm

nape la orang label aq macam 2 ek?..budak2 perempuan cbuk kata aq playboy..btol k?..tunjuk bukti sket..x yah la nak mengumpat je keje..hanya member2 rapat yang taw macam mane losernya aq..playboy pekebendanya!..sedara mara and family pun same..kalo la aq cter kisah drama aq kat diorang..agak2ny, berubah x perception dyorang?..aq x nk kene usik2 ngn dyorg lagi..ntah kenape..nnti hati aq mcm kene hiris sembilu..

Monday, October 19, 2009

CAHAYA

(kunukilkan sajak ini untuk para ikhwah semasa Bond Of Ukhwah)


Akhir kutemui sinar menerangi
Umpama datangnya bidadari
Terasa bagaikan mimpi-mimpi suci
Hadirnya ada rahsia tersendiri

Biar arah mengelirukan diri
Biar rebah ke bumi

Tersesat bagaikan tiada bertepi
Ke dasar hanya doa mengiringi
Kabut yang berlari ditinggal begitu
Takkan kudakap seperti dulu


Di sepi malam hanya bertemankan bintang
Hatiku merayu pada-Mu Tuhan Yang Satu
Moga diberikan satu petunjuk dan jalan menemui-Mu
Hanya ku berserah padamu Tuhan ku


Hanya pada nama
Hanya satu pintaku
Hanya pada kasih
Kan kuserahkan jiwaku
Hanya pada cinta
Hanya itu janjiku
Hanya pada Satu
Aku imankan jiwaku


Aku merayu pada-Mu Yang Satu
Moga ditempatkan ku bersama cahaya
Seperti mereka
Setia dengan Mu..

~ Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.~Surah As-Saf-4

Tuesday, October 6, 2009

CHRISTIAN THE LION




Terdetik dekat hati aq nk kongsi video ni..video yg sangt menyayat hati..bygkan lah..singa yang sepatutnya jnis karnivor punyelah manja dengan tuan dye..ingat jugak singa 2 dkat tuan dye yg dah bela bertahun2..tapi di dunia manusia skarang..

Bapak rogol anak,
Atuk cabul cucu,
Isteri main kayu tiga,
Ibu buang anak,
Anak derhaka kat mak bapak,
Adik-beradik perang sesama sendiri,
Orang bwat baik kita balas jahat,
Orang bagi kepercayaan kita khianat,
Orang sayang kita benci..

hmmm..

mane perginya kemanusiaan dan kasih sayang kita??

~ Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang~Surah Maryam ayat 96

Monday, September 28, 2009

Rahsia Mata Lelaki

Pesanan untuk lelaki,perempuan dan diri sendiri….

Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan..

Kerana perempuan adalah pasangan
kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk
badan wanita itu dapat memikat hati
lelaki.
Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan
syaitan..

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah
dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut
perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi
laranganNya..

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah
simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang
nakal jika tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan..

Setiap bentuk badan seorang perempuan
boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal
nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat
seorang perempuan, maka perkara
pertama yang akan dilihatnya ialah
rambut wanita berkenaan..

Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara
oleh seorang lelaki akan rambut wanita
berkenaan.
Oleh kerana itulah wanita wajib
menutup rambutnya..

Apabila rambut wanita itu telah
ditutup, maka mata lelaki itu akan
turun ke bawah melihat bentuk
lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup
lehernya..

Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah
menutup bentuk payu daranya dengan
melabuhkan tudungnya..

Setelah itu mata lelaki akan turun
lagi melihat bentuk ramping
pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak
ternampak bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula
akan bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan
pakaiannya agar bentuk punggung tidak
kelihatan,
dan lelaki itu akan pula melihat
bentuk pehanya..

maka janganlah sesekali wanita itu
memakai kain yang agak ketat sehingga
terlihat bentuk pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu
akan bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar,
kerana terus-terang pihak lelaki
bercakap,
walau muslimah itu bertudung & berbaju
labuh,
jika beliau memakai seluar,
walau nampak besar sedikit,
nafsu kami lelaki akan terusik secara
spontan,
entah tak tahu kenapa....?

Mata lelaki ini nakal,
setelah tidak ternampak akan bentuk
kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata
lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk
menolong lelaki itu tidak berdosa,
menutup kakinya dengan melabuhkan
kain,
atau memakai stokinyg warnanya jangan
sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke
atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita
itu,
maka tolonglah wahai muslimah,
agar melabuhkan tudung menutupi bentuk
tangannya yang indah pada pandangan
lelaki..

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah,
kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin
meminangnya..

Jika wanita itu cukup soleh,
takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu..

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi
jenis penyakit,
iaitu mata lelaki itu akan tertangkap
dengan sponta,
jika ia terlihat warna yang menyerlah
atau terang,
apatah lagi jika ianya berada pada
perempuan.
Maka oleh itu wahai perempuan,
tolonglah jangan memakai pakaian yang
warnanya terang-terangan
sangat..

Jika hendak pakai pun, pakailah untuk
suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua
ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu,
dan perlu diingatkan,
jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah
selesai,
perlulah pula kita menjaga kehormatan
diri masing-masing,
jangan keluar seorang2,
keluarlah dengan mahram,
atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita
agar tidak diganggu gangguan luar,
mata lelaki pula janganlah menjalar
langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup
aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat..

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah
pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu"..

Dunia sekarang telah banyak yang cacat
celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang
memakai tudung masih beliau tidak
menutup aurat,
dan pada kaum lelaki,
mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah,
kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.
Ingat-ingatkanlah wahai muslimin
muslimat..

Sekilau-kilau berlian paling menarik
untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang
paling sukar untuk dijaga..

Tapi bkn sng kwn2..hope for the best,prepare for worse(koyak)..hehe

Sunday, September 27, 2009

traumakah aq?

koyak..label aq kat kmb..ntah..act aq ni kdg2 ok..kdg2 x..celaru..mcm fazan..teman koyak aq..smlm
aq trbc lirik ni..mendalam seyh..ade kaitan dgn sejarah aq dari kecik.

Tiada lagi airmata
Bisa ku tangiskan lagi
Tiada lagi guna bermadah
Tempatku bukannya di sini

Trauma yang melanda
Menikam-nikam jiwa
Selemah ku lemah
Daku berserah
Trauma yang ku rasakan
Hanya pada Mu Tuhan
Yang memahami
Pedih di hati
Tiada pengubat bisa merawat luka
Ku dalam trauma...

Biar daku membawa diri ini
Pergi jauh takkan kembali
Ku mencari
Ketenangan hati
Cuba lenyapkan trauma ini

kenapa buat blog?

assalamualaikum..ok..kali ni aq taw sikit cm ne nk wat blog..tp x lawa lg la..x pe la..kesah ape lawa k x..yg pntg isi kn?..poyo gak r aq..haha..haa..nk habaq mai..pasal ape aq ngade2 nk wat blog..padahal dah cukup lagha dgn fb n mafia wars..hehe..cam ni la cterny..ade kwn ckp kat aq..asik bc blog org asal x wat blog sndr?..aq ckp aq x de bnda best nk cter..cter koyak je byk..alih2 kene marah dgn dye..free je..then,org lain plak..aq main2 dgn dye..berlwn yg aq akn crk ym dye n dye akn cr blog aq..sape menang dpt snickers..padahal aq x de blog lg..alih2,dye serius gler mncrk..kesian aq tgk..mcm x fair la plak kn..aq ni mang ada bakat mendajal orang kot..ye k?..pasal aq pun selalu kene dajal ngn org..

so,kepada org 2..sorry la aq ucapkn..tgh raya lgpun..haha..e2 pun kalo ko dpt carik blog aq ni laa..haha..papehal, x taw la aq nk update k x..keje byk..yup..aq taw byk..tp x wat papepun..org lain sume bz ckp tgh wat keje..tye btol2 x grak mane pun..same la ngan aq..kk..merepek..

kesimpulanny,kepada rakan2 yg tgh bc ni..komen anda sgtlah x dialu-alukn..ni blog aq..bknny blog kongsi2 taw!..haha..men2..bley komen...n tlg la aq ape yg patut..blog ini akn mnjd tmpt luahan isi hati aq..selain mengadu kat Tuhan n kat kwn2..so,jgn la kutuk k ape k ek?

sekian...papai..

sape nak rasmikan??

..
hye..

err..
haha..
cm ne nk wat blog..
td amin rux ckp nk ajar aq

last2 hilang..

apehal x center ni??..

urm..

mcm microsoft words ek dye punye sistem?..

haish..

ni bkn mcm fb korg bley comment kn?..

hmmm..

cm ne nk start post??

aq x taw nk ckp pape..
blurr
buzz!!

owh..ade tulis save..

k
chow